How We Can Help You?
Sed Fringilla Mauris Sit Amet Nibh. Donec Sodales Sagittis Magna. Sed Consequat, Leo Eget Bibendum Sodales, Augue Velit Cursus Nunc, Quis Gravida Magna Mi A Libero.
Program Asas Neuro Linguistic Programming adalah satu alat membentuk tingkah laku yang berkuasa tinggi untuk memahami dan mempengaruhi manusia. Neuro Linguistic Programming (NLP) adalah gabungan tiga bidang ilmu yang digabungkan. Neuro membawa maksud bagaimana seseorang individu berfikir. Linguistic adalah bagaimana kita proses berfikir diterjemahkan oleh minda dalam bentuk Visual, Auditori, Kinestik, Olfaktori dan Gustatori. Programming adalah pola tingkah laku.
NLP adalah kajian psikologi tingkah laku yang menawarkan teknik efektif untuk memperbaiki hubungan dan komunikasi. Ia dinyatakan sebagai seni dan sains kecemerlangan manusia, kajian yang dapat membezakannya daripada teknik-teknik lain dalam pasaran. Program ini mengendalikan isu spesifik berkaitan sumber manusia dan pembelajaran aktif.
NLP menyediakan satu jalan untuk membantu individu menjadi lebih kompeten dalam apa sahaja mereka lakukan, mempunyai lebih kawalan terhadap minda, perasaan dan tindakan mereka. Ini menjadikan individu lebih positif dalam apa sahaja pendekatan yang diambil dalam hidup dan dapat mencapai keputusan yang dikehendaki.
Program ini memberikan celik akal dan alat untuk mengendalikan cabaran sumber manusia termasuklah:
Mempengaruhi dan Komunikasi
Para peserta akan diperkenalkan keajaiban mewujudkan hubungan baik dengan teknik NLP.
Menetapkan dan Mencapai Matlamat
Orang berjaya adalah individu yang dapat menetapkan matlamat.
Kemahiran Kaunseling
Mempelajari kemahiran baru dalam membantu individu lain yang kecewa dalam menghadapi masalah mereka dengan cara positif menggunakan terapi efektif dan cepat.
Menyoal dengan Tepat
Bagaimana bertanya soalan mantap untuk menyelesaikan situasi sumber manusia dengan cepat dan tepat.
Kemahiran Temuduga
Memperkasa kemahiran menemuduga dan membuat keputusan dengan kepakaran bertanya untuk mengetahui mengenai manusia walaupun mereka sendiri tidak tahu mengenainya.
Kaunseling dan Coaching Kerjaya
Kemampuan mengubah individu lain dan kerjaya mereka dengan perancangan kehidupan dan perancangan kerjaya.
Mesyuarat
Menambah baik kemahiran mengendalikan mesyuarat dengan NLP.
Kemahiran Negosiasi
Pelajari kaedah berunding dengan lancar, mengelakkan konflik dan memperoleh hasil menang-menang.
Kemahiran Pembentangan dan Melatih
Pelajari keupayaan sesuatu yang berbeza dengan cara yang berbeza.
Durasi Program
Kursus NLP ini boleh dianjurkan untuk tempoh masa 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance.