Komunikator Super ®
Falasi mengenai komunikasi
“Tuan, saya adalah orang yang tidak pandai bercakap (pandai berkata-kata), maka saya adalah orang yang tidak pandai berkomunikasi”.
Ini adalah persepsi biasa mengenai komunikasi. Ramai yang menyangka bahawa untuk berkomunikasi dengan baik adalah kita perlu pandai berkata-kata.
Komunikasi adalah kaedah menyampaikan mesej kepada orang lain yang menyebabkan mereka memperoleh mesej sepertimana yang dikehendaki dengan betul dan tepat. Namun ada individu yang pandai bercakap tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Mengapa?
Komunikasi bukanlah hanya pandai berkata-kata, komunikasi adalah lebih daripada itu. Ia adalah gabungan 3 komponen penting iaitu, fisiologi, perkataan dan bagaimana mengeluarkan perkataan.
Komunikasi interpersonal adalah kaedah mengenali prospek yang kita berkomunikasi, cara beliau berfikir, cara beliau menerima mesej, cara beliau menerima pandangan, kemudian menggunakan kata-kata yang sesuai dengan prospek dalam menyampaikan mesej supaya mesej diterima dengan baik. Oleh itu komunikasi bukannya kemahiran bercakap, apa yang paling penting dalam komunikasi adalah kepandaian mendengar.
Komunikator Super: Komunikasi Berkesan Gaya NLP
Bengkel KOMUNIKATOR SUPER: Strategi Komunikasi Berkesan untuk Organisasi direka khusus buat Anda yang berminat menjadikan diri seorang komunikator yang cemerlang. Apabila Anda menyertai program ini Anda akan mempelajari kaedah berkomunikasi cara seorang top performer. Top performer dunia menggunakan alat termaju pengurusan minda (advance mind management tools), suatu kajian seni dan sains kecemerlangan manusia.
Ia mendedahkan cara manusia berfikir dan menerima maklumat melalui bahasa minda sama ada mereka ini didalam kategori penggambar (visual), pembunyi (auditori), perasa (kinestetik) ataupun pemendam (auditori digital). Dalam keadaan biasa manusia menyerap masuk sebanyak 2 juta bit persaat maklumat melalui deria mereka. Namun hanya 134 kilo bit per saat sahaja yang diserap oleh perwakilan dalaman mereka. Ia disebabkan oleh proses pemadaman, herotan dan generalisasi yang berlaku di dalam minda manusia. Ini memberikan kesan besar kepada komunikasi manusia.
4 Langkah Menjadi Komunikator Super
Kami membahagikan proses komunikasi berkesan meliputi 4 langkah iaitu:
Membentuk Mindset Komunikator
Membina Hubungan Baik
Mengenal Cara Berfikir Sasaran Audiens
Menggunakan Bahasa Berpengaruh Sesuai dengan Audiens
Hasil Pembelajaran
Program ini direka bentuk khusus dengan menggabungkan beberapa ‘alat’ komunikasi berasaskan Neurolinguistic Programming (NLP) dapat meningkatkan kompetensi para pegawai terutamanya mereka yang mengendalikan khidmat kaunter, coaching & mentoring, khidmat pelanggan, jualan dan pemasaran, pembinaan jaringan, komunikasi korporat dan apa sahaja tugasan yang perlukan komunikasi interpersonal
Memahami aplikasi Neurolinguistic Programming dalam komunikasi seharian dan tugasan serta interpersonal.
Dapat langsung mengaplikasikan kaedah komunikasi ini dalam membina hubungan baik dengan sesiapa sahaja, menggabungkan elemen psikologi dan fisiologi
Berkomunikasi cara yang lebih berpengaruh dan positif dengan prospek dan bakal pelanggan
Memasukkan mesej-mesej dengan jelas dan terang ke dalam sesiapa yang mendengar menggunakan strategi teratur dan berkesan
Meningkatkan keyakinan diri dalam apa sahaja aktiviti yang melibat komunikasi interpersonal