Siapa Kami

Memperkasa Individu dan Organisasi Sejak tahun 2009

FINE Training Academy Sdn Bhd sudah bertapak di Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur sejak tahun 2009. Bermula daripada perjuangan peribadi memperkasa ummah hinggalah wujudnya organisasi dengan pasukan pelbagai bidang.

Info Syarikat

Kami adalah sebuah organisasi perunding latihan dan pembangunan diri dan ditubuhkan pada tahun 2009. Kami adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan ditauliahkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp)

Visi Kami

Menjadi pilihan utama organisasi dan individu dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti, memperkasa pengetahuan dan memacu kejayaan mereka di Malaysia khusus dan dunia amnya

Apa Bidang Kepakaran Kami

Kami fokus kepada 4 bidang utama iaitu PERTAMA: Pembangunan Diri dan Motivasi, KEDUA: Komunikasi dan Pembentangan, KETIGA: Penulisan dan Penerbitan dan KEEMPAT: Pembangunan Organisasi dan Keusahawanan.

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

mof

Berdaftar Sebagai Syarikat Perunding Tabung Pembangunan Sumber Manusia

hrdf

BAKAT ANDA | MASA HADAPAN DUNIA

Fokus kami adalah membantu pegawai sumber manusia, latihan dan para majikan untuk memperkasa bakat dan membangunkan potensi diri warga kerja di organisasi kerajaan dan swasta supaya mereka dapat meningkatkan keberkesanan kerja dalam meningkatkan produktiviti kerja.

3 Langkah Utama Pendekatan Holistik Kami

ANALISA

Kami menganalisa kekuatan dan kelemahan warga kerja menggunakan alat analisa profail tingkah laku dengan 88% ketepatan.

PERKASA

Kami memperkasa warga kerja dengan program transformasi minda dan pembangunan potensi diri yang sudah membangun lebih 20,000 orang individu sejak tahun 2009.

MANTAPKAN KEMAHIRAN

Kami memperkasa warga kerja dengan program pembangunan kemahiran manusiawi seperti kemahiran komunikasi, pembentangan, mengurus pejabat, ketrampilan diri dan penulisan.

Kenapa WAJIB Pilih Kami

  • Visi Syarikat

    FINE Academy ingin menjadi sebuah syarikat perunding latihan dan konsultasi pilihan utama bagi organisasi dan individu dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti, memperkasa pengetahuan dan memacu kejayaan mereka di Malaysia sebelum 2020, ASEAN sebelum 2025 dan antarabangsa sebelum tahun 2030.

  • Misi

    Bagi mencapai visi yang digagaskan FINE Academy amat komited untuk:

    • Dikenali sebagai pendahulu dan pemimpin untuk setiap kategori program latihan dan konsultasi yang diceburi.
    • Mereka bentuk sesuatu progran berdasarkan spesifikasi diperlukan dan dikehendaki oleh organisasi berdasarkan standard industri.
    • Membangunkan hubungan baik dengan pelbagai pihak terutamanya para pelanggan di kalangan organisasi dan industri atas kepercayaan.
    • Menjadi syarikat pilihan utama kerana kualiti tinggi dan prestasi cemerlang dalam membantu meningkatkan produktiviti para pelanggan kami.
  • Objektif

    • Melahirkan para peserta ataupun organisasi yang mempunyai kemahiran, keupayaan dan keperluan untuk memacu produktiviti diri dan organisasi di mana mereka bekerja.
    • Menyumbang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif, kritis dan konstruktif pada peserta program kendalian kami.
    • Meningkatkan produktiviti organisasi dengan Return On Investment minimum 30% bagi setiap program kendalian FINE Academy di organisasi terbabit.

LEMBAGA PENGARAH

fauzul

Fauzul Na'im Ishak

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif
Certified NLP Master Coach, Certified NLP Master Practitioner, Certified Hypnotherapy Practitioner, Certified LAB Profile Practitioner, Certified Practitioner of Timeline Therapy, Certified Profesional Learning Facilitator (Mastery), Certified Laughter Yoga Practitioner, Certified Profesional Trainer (TAMRIN), Certified HRDF Trainer and Tadabbur Coach
nurulhilyati

Nurulhilyati Abd Halim

Pengarah & Ketua Pegawai Operasi
Sarjana Muda Penyelidikan Operasi (Kepujian), Universiti Sains Malaysia, Certified Profesional Learning Facilitator

PASUKAN OPERASI

Akmal

Akmal Radzuan

Pengurus Divisyen Latihan dan Perundingan
syamilorg

Syamil Saleh Hudin

Eksekutif Divisyen Pembangunan Komuniti dan Konten
Translate »
Scroll to Top