ESQ INSAN SUPER ®
Hidup manusia amat singkat. Pada ketika ini usia atau umur tidak menentukan sama ada dia mampu hidup lama ataupun sekejap. Orang yang berumur ataupun orang masih muda, kedua-duanya akan dipanggil bila-bila masa saja untuk bertemu yang Maha Kuasa. Apa yang sepatutnya manusia lakukan adalah melakukan yang terbaik dengan sisa hidup yang ada.
Setiap manusia sudah disediakan ‘alat’ yang sama pada diri masing-masing oleh Tuhan. Akal fikiran untuk berfikir, emosi untuk meluahkan perasaan, spiritual untuk tentukan nilai dan fizikal untuk bertindak. Namun begitu ada manusia yang lebih hebat berbanding manusia lain. Hebat daripada segi ilmu, kemahiran, kekayaan dan kecemerlangan.
Apakah yang menyebabkan manusia berbeza? Ini kerana ada manusia yang KENAL DIRI dan ada yang tidak. Hanya mereka yang KENAL DIRI akan dapat menyerlahkan POTENSI yang ada dalam dirinya.
Manusia yang tidak KENAL DIRI ini bukan sahaja sukar untuk berjaya, ia tidak dapat beri yang terbaik untuk dirinya, organisasi, keluarga dan masyarakat. Inilah golongan yang akan menjadi mangsa kepada orang lain. Mereka akan menyalahkan dan mengalihkan salah kepada orang lain. Hasilnya, semua rugi termasuk diri sendiri.
Program INSAN SUPER: Kenal Diri Bongkar Potensi adalah kursus motivasi dan pembangunan diri yang direka bentuk untuk membongkar misteri diri manusia dengan membawa pendekatan psikologi terkini. Setiap peserta akan dibawa untuk mengenal 4 komponen penting pada diri mereka iaitu Intelek, Emosi, Spiritual dan Fizikal. Ini kami sebut sebagai Formula Holistik Insan Super.
Ini diperincikan dalam KERANGKA PROGRAM di bawah:
HASIL PEMBELAJARAN
Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi kerajaan mahupun swasta yang ingin mewujudkan individu warga kerja yang positif, produktif dan efektif. Anda ingin memastikan warga kerja organisasi Anda menyertai program ini kerana apabila mereka graduate daripada program ini mereka dapat:
Kenal dan Sedar Potensi Diri
Para peserta akan lebih kenal setiap komponen pada diri yang membangunkan apa yang dikenali sebagai POTENSI. Mereka memahami setiap satu, mengetahui bagaimana ia berfungsi dan belajar untuk mengawalnya.
Mengatur Matlamat Diri
Para peserta dapat membina blue print hidup. Membangun, mengatur dan menetapkannya bagi mencapai matlamat hidup jangka masa pendek dan panjang.
Bertindak dan Pacu Kejayaan
Membangunkan jati diri dan nyala rasa untuk memacu kejayaan secara konsisten. Melepasi ketakutan yang ada pada diri dan tekad untuk menakluknya. Membuka jalan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai jambatan ke akhirat.