Penyediaan Minit Mesyuarat, Surat Rasmi dan Memo
Kursus Penulisan Kertas Laporan dan Proposal Berkualiti. Penulisan dokumen rasmi dan profesional organisasi berkaitan kerajaan adalah penting namun seringkali tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Hasil penulisan tidak mencerminkan keseluruhan aspek yang ingin didokumenkan khusus bagi menjamin maklumat-maklumat penting berkaitan dapat disusun dengan kemas.
Kesannya, gerak kerja organisasi ataupun jabatan menjadi tidak tersusun, maklumat tidak teratur dan seterusnya menggugah kredibiliti, imej dan jenama organisasi ataupun jabatan terbabit.
Melalui bengkel ini para peserta akan diberikan curahan pengalaman, teknik, rahsia, tip dan saranan bagi menulis Proposal dan laporan mengikut standard yang ditetapkan oleh agensi kerajaan. Ia disampaikan oleh para jurulatih berpengalaman bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam dan mengaplikasikannya.
Konsep & Pendekatan Bengkel
Secara amnya, konsep yang akan digunakan sepanjang perlaksanaan bengkel ini adalah berkonsep latihan praktikal berkumpulan. Antara pendekatan dan teknik yang digunakan adalah:
- Pembentangan perunding
- Aktiviti
- Dinamika kumpulan, perbincangan dan persembahan
- Penilaian diri pra dan pasca latihan
- Pelan tindakan, pemantauan dan penilaian
HASIL PEMBELAJARAN
Program ini adalah khusus untuk para pegawai yang terlibat dengan penyediaan kertas laporan dan kertas kerja serta proposal untuk organisasi. Objektif kursus adalah untuk:
Membantu dalam menambahkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai pentadbiran dan pengurusan organisasi dalam bidang penulisan dokumen rasmi
Membantu dalam memastikan dokumen-dokumen rasmi yang dihasilkan oleh pegawai-pegawai pentadbiran dan pengurusan organisasi yang berkualiti tinggi. Membantu dalam memastikan imej, reputasi dan jenama organisasi ditingkatkan melalui penguasaan kemahiran penulisan dokumen rasmi
Membantu dalam memastikan pegawai yang terlibat terlatih untuk menulis Proposal dan laporan yang berkualiti tinggi dan diperakui.