Penyediaan Minit Mesyuarat, Surat Rasmi dan Memo
Kursus Penulisan dan Penyediaan Minit Mesyuarat, Surat Rasmi dan Memo mengikut pekeliling kerajaan. Penulisan dokumen rasmi dan profesional organisasi berkaitan kerajaan adalah penting namun seringkali tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Hasil penulisan tidak mencerminkan keseluruhan aspek yang ingin didokumenkan khusus bagi menjamin maklumat-maklumat penting berkaitan dapat disusun dengan kemas.
Kesannya, gerak kerja organisasi ataupun jabatan menjadi tidak tersusun, maklumat tidak teratur dan seterusnya menggugah kredibiliti, imej dan jenama organisasi ataupun jabatan terbabit.
Melalui bengkel ini para peserta akan diberikan curahan pengalaman, teknik, rahsia, tip dan saranan bagi menjalankan satu mesyuarat yang berkualiti dan efektif seterusnya pada masa yang sama berupaya menjadi pencatat dan penulis minit mesyuarat yang berwibawa.
Selain daripada itu juga mampu untuk menyediakan memo dan surat rasmi berkualiti mengikut piawaian ditetapkan oleh pekeliling kerajaan.
Konsep & Pendekatan Bengkel
Secara amnya, konsep yang akan digunakan sepanjang perlaksanaan bengkel ini adalah berkonsep latihan praktikal berkumpulan. Antara pendekatan dan teknik yang digunakan adalah:
- Pembentangan perunding
- Aktiviti
- Dinamika kumpulan, perbincangan dan persembahan
- Penilaian diri pra dan pasca latihan
- Pelan tindakan, pemantauan dan penilaian
HASIL PEMBELAJARAN
Program ini adalah khusus untuk para pegawai yang terlibat dengan penyediaan minit mesyuarat, surat rasmi dan memo untuk organisasi. Objektif kursus adalah untuk:
Membantu dalam menambahkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai pentadbiran dan pengurusan organisasi dalam bidang penulisan dokumen rasmi
Membantu dalam memastikan dokumen-dokumen rasmi yang dihasilkan oleh pegawai-pegawai pentadbiran dan pengurusan organisasi yang berkualiti tinggi. Membantu dalam memastikan imej, reputasi dan jenama organisasi ditingkatkan melalui penguasaan kemahiran penulisan dokumen rasmi
Membantu dalam meningkatkan keberkesanan operasi organisasi melalui penganjuran mesyuarat yang efektif dan berkualiti tinggi.