Pembentang Super ® | Kursus Pembentangan Berimpak Tinggi | Kursus High Impact Presentation

Sabda Rasulullah SAW

“Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.”

Riwayat Muslim (Hadis 1017)

PEMBENTANG SUPER ®

omunikasi dan pembentangan mempunyai satu elemen yang sama iaitu audiens. Kedua-duanya memerlukan strategi untuk memenuhi keperluan dan sesuai dengan audiens. 

Ia perlu mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan komunikasi dan pengucapan awam memberikan kesan maksimum buat audiens. 

Ia bermula daripada diri pembentang dan komunikator, bagaimana membuat perancangan rapi untuk menyediakan sebuah strategi komunikasi dan pengucapan awam yang berpengaruh. 

Penggunaan bahasa persuasif juga penting bagi mempersona khalayak. Selain daripada itu keupayaan seseorang komunikator atau pembentang menggunakan alat-alat bantuan seperti flip chart dan slaid juga perlu dipertingkatkan untuk memberikan impak terbaik.

Terdapat tiga situasi komunikator dan pembentang yang mahir dalam bidangnya namun menjadi hilang kredibiliti di hadapan khalayak ramai iaitu:

  • Bahan presentasi menjadi banjir maklumat sehinggakan pendengar lemas kerana terlalu banyak informasi
  • Penyampai dianggap membazir masa pendengar apabila apa yang disampaikan sama dengan teks yang diberikan seolah-olah hanya membacakan semula sahaja. 
  • Penyampai hilang fokus apabila sesi interaksi maklumat pada multimedia dan jawapan sesi interaksi terputus.

Oleh itu, merancang presentasi yang mendorong tumpuan pendengar dan mengekalkan motivasi penyampai penting agar maklumat dapat disampaikan. Ia diikat dengan bantuan multimedia asas dan multimedia elektronik bersama.

Para pembentang juga kadangkala hilang fokus disebabkan kekurangan persediaan dalam diri disebabkan akibat rasa gemuruh dan gementar pada ketika membentang. Ia memberikan persepsi buruk kepada pembentangyang menyebabkannya hilang wibawa.

Ini adalah bengkel yang holistik menggabungkan Neuro Linguistic Programming dan kemahiran menguasai multimedia dalam pembentangan dan sesi latihan bermodul.

Ini diperincikan dalam KERANGKA PROGRAM di bawah:

pembentangsuper

HASIL PEMBELAJARAN

Program ini dibangunkan sesuai untuk organisasi yang ingin meningkatkan kompetensi warga kerjanya dalam komunikasi dan pengucapan awam.

Anda ingin mengirimkan warga kerja untuk menyertai program ini kerana mereka akan dapat:

Takluki Ketakutan dan Bangkitkan Potensi Diri

Para peserta akan lebih kenal setiap komponen pada diri yang membangunkan apa yang dikenali sebagai POTENSI. Mereka memahami setiap satu, mengetahui bagaimana ia berfungsi dan belajar untuk mengawalnya. Mereka juga dapat  menggunakan pengetahuan ini untuk menguasai audiens. Kenal diri kenal audiens.

Menguasai Gaya Komunikasi dan Pembentangan Berimpak Tinggi

Para peserta akan menguasai gaya komunikasi dan pembentangan yang sesuai dengan gaya pembelajaran audiens. Mereka dapat menggunakannya untuk mempengaruhi dan mempersona audiens.

MENGUASAI ALAT PEMBENTANGAN

Para peserta akan dikongsikan kaedah terkini menggunakan slaid pembentangan dan flip chart. Ini direka bentuk bagi membolehkan mereka dapat menguasai pembentangan walau dalam apa situasi sama ada dengan slaid ataupun tanpa slaid. Gaya pembentangan cara superstar.

Program High Impact Presentation Kementerian Kesihatan Malaysia

Program High Impact Presentation Institut Ukur Tanah Negara

Sesi Audit Peserta Program Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti

Semua Kursus Kami Boleh Dikendalikan Secara Bersemuka (Offline), Secara Dalam Talian (Online) dan Hibrid [Gabungan Online dan Offline]. Kami juga menyediakan Sistem Pembelajaran Online Secara Kendiri di www.belajarlah.my

Pelanggan Kami

instun
kpt
airselangor
ppum
ros

Ingin Kami Berikan Sebut Harga dan Proposal? Pohon Isi Borang Di Bawah

Panggilan yang sesuai buat Anda
Pohon masukkan nama seperti dalam Kad Pengenalan, First = Nama Sebenar dan Last = Nama Bapa
Pohon masukkan Nombor Telefon Bimbit dengan WhatsApp bagi memudahkan perhubungan
Pohon masukkan Emel selain daripada Emel Jabatan Kerajaan (jika ada) bagi melancarakan proses kami mengirimkan sebut harga.
Pilih satu ataupun lebih kursus yang ingin kami sertakan proposal dan sebut harganya
Pohon masukkan jumlah hari kursus yang ingin dijalankan
Pohon masukkan anggaran bilangan peserta
Jika ada tempat kursus cadangan pohon masukkan, namun jika tiada kosongkan
Pohon masukkan tarikh jangkaan mula kursus
Pohon masukkan tarikh jangkaan kursus tamat
Pohon masukkan 3 hasil akhir atau objektif kursus ini diadakan
Pilih satu ataupun lebih mode kursus yang ingin dilakukan
Translate »
Scroll to Top