PEMIMPIN SUPER ®
Kursus Kepimpinan untuk membangun Jati Diri Pemimpin Masa Hadapan Organisasi. Seseorang individu menjadi pemimpin disebabkan oleh beberapa faktor. John C Maxwell melalui bukunya Developing the Leader Within You menyatakan ada 5 peringkat kepemimpinan iaitu KEDUDUKAN, KEBENARAN, PENGHASILAN, PEMBANGUNAN MANUSIA, KEMUNCAK.
Walauapapun peringkat kepemimpinan seseorang individu, ia adalah suatu kedudukan yang mencabar. Mencabar minda, mencabar emosi, rohani dan juga fizikal.
Cabaran paling besar adalah bagaimana seseorang individu dapat membangunkan MINDSET PEMIMPIN berbanding MINDSET PENGIKUT.
Peningkatan kerjaya memaksa seseorang individu berubah daripada menjadi seorang operator, kepada seorang pengurus dan ke tahap lebih tinggi sebagai seorang pemimpin.
Kemahiran menjalankan operasi, mengurus dan kemahiran memimpin memerlukan aturan kemahiran yang berbeza.
Apabila seseorang individu berubah peranan daripada operator kepada pengurus dan seterusnya pemimpin tetapi kemahiran tidak berubah seiring dengan peranan ia akan mewujudkan situasi sukar buatnya.
Kursus PEMIMPIN SUPER ini direka bentuk bagi memenuhi keperluan itu dengan memperkenalkan konsep:
M: Masa Hadapan
Kepimpinan bermula MASA HADAPAN yang mahu dibina. Kejelasan MASA HADAPAN mempengaruhi tindakan.
B: Babit
Kepimpinan harus mampu membina hubungan erat dengan pengikut untuk BABITkan mereka dengan rancangan MASA HADAPAN.
A: ProAktif
Kepimpinan mengeluarkan potensi daripada dalam dirinya dan orangnya untuk capai prestasi terbaik. Ini dapat dilakukan dengan ambil ProAKTIF.
HASIL AKHIR KURSUS
Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi kerajaan mahupun swasta yang ingin mewujudkan pemimpin masa hadapan yang dapat memacu kejayaan organisasi ke tahap tertinggi. Anda ingin untuk warga kerja Anda menyertai program ini kerana apabila mereka keluar daripada program ini mereka dapat:
Bangunkan Mindset Pemimpin Super
Kebanyakan individu yang mendapat peluang untuk menjadi pemimpin bermula daripada seorang operator menjadi perancang, dinaikkan menjadi pengurus dan sekarang pemimpin. Setiap satu peranan mempunyai mindset tersendiri, di sini kita mahu ubah mindset operator kepada pemimpin
Membina Masa Hadapan Organisasi Cemerlang
Pemimpin gemilang adalah pemimpin dengan inspirasi membangun organisasi terbilang. Para peserta akan membangun pelan cetakan biru (blue print) untuk membina masa hadapan organisasi dengan gaya kepemimpinan terbaru.
Membina Pengaruh Untuk Capai Matlamat
Mengenal diri, mengenal kekuatan dan mengenal kelemahan. Memahami kaedah untuk berkomunikasi, mempengaruhi dan memotivasi bagi membangun pasukan impian dalam mencapai matlamat disasarkan.