Pendidik Super ® | Kursus Kaedah Mengajar Berkesan untuk Guru dan Pendidik

Firman Allah

“Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?”

Al-Qamar | 54 : 32

PENDIDIK SUPER ®

Kursus Kaedah Mengajar Berkesan untuk Guru dan Pendidik. Perkara paling asas untuk seseorang pendidik dan pengajar sama ada seorang cikgu, pensyarah mahupun seorang ibu bapa kebolehan bertindak secara jayanya dalam dunia pendidikan penuh mencabar. Pelbagai isu berbangkit sekarang iaitu cabaran tingkah laku, cabaran disiplin dan menangani pelajar bermasalah.

Bagi menangani masalah ini dua pendekatan perlu dilakukan iaitu pertama pelajar perlu dilengkapkan dengan kemahiran belajar secara efektif dan kedua para pendidik melengkapkan diri dengan kaedah yang berkesan bagi membantu para pelajarnya. Kegagalan dalam melakukannya akan memberikan kesan jangka masa panjang yang besar kepada pembelajaran dan sudah tentu meningkatkan masalah tingkah laku.

NLP Sebagai Alat Pengajaran Efektif

Neuro Linguistic Programming atau NLP adalah seni dan sains kecemerlangan manusia yang menjadi alat komunikasi digunakan oleh para komunikator terbaik dunia dalam memacu kejayaan organisasi dan meningkatkan produktiviti. Ia menyediakan alat bagi memudahkan kita memahami bagaimana manusia berfungsi dan berinteraksi dengan persekitaran. NLP membawa kita menjelajah dunia minda yang membolehkan kita mengetahui pola fikiran dan bahasa minda yang mengubah tingkah laku individu. Ia juga digunakan oleh para pendidik terbaik di seluruh dunia sebagai alat memperkasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ia adalah alat pengajaran yang praktikal dengan pendekatan, teknik dan strategi yang menjadikan pengalaman pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan 'hidup'.

Bengkel PENDIDIK SUPER: Strategi Mengajar Efektif Gaya NLP membuka pintu kepada para pendidik bagi mengubah fokus kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Ia memaksimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama ia melengkapkan pendidik bukan sahaja bagi memperkasa strategi pengajaran juga bagi meningkatkan kualiti kehidupan individu dan keluarga. Peserta akan memahami bagaimana NLP menjadi alat berkuasa tinggi dalam mewujudkan perubahan positif.

HASIL PEMBELAJARAN

Program ini dibangunkan sesuai untuk organisasi yang ingin meningkatkan kompetensi para guru, cikgu dan pendidik dalam mewujudkan rasa seronok belajar dalam kelas.

Anda ingin mengirimkan warga pendidik untuk menyertai program ini kerana mereka akan dapat:

  • Memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik dengan individu dan kumpulan pelajar.

  • Memantapkan Komunikasi lebih berkesan menggunakan alat NLP.

  • Memahami bahasa badan yang berpengaruh dan meningkatkan kredibiliti.

  • Menggunakan bahasa positif dan berpengaruh.

  • Mengawal dan mengurus keadaan diri dan pelajar.

  • Menggunakan kaedah meningkatkan motivasi diri dan pelajar.

  • Menangani cabaran tingkah laku negatif pelajar

Semua Kursus Kami Boleh Dikendalikan Secara Bersemuka (Offline), Secara Dalam Talian (Online) dan Hibrid [Gabungan Online dan Offline]. Kami juga menyediakan Sistem Pembelajaran Online Secara Kendiri di www.belajarlah.my

Program Anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Anjuran Institut Ukur Tanah Negara

Sesi Audit Peserta Program Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti

Pelanggan Kami

instun
kpt
airselangor
ppum
ros

Ingin Kami Berikan Sebut Harga dan Proposal? Pohon Isi Borang Di Bawah

Panggilan yang sesuai buat Anda
Pohon masukkan nama seperti dalam Kad Pengenalan, First = Nama Sebenar dan Last = Nama Bapa
Pohon masukkan Nombor Telefon Bimbit dengan WhatsApp bagi memudahkan perhubungan
Pohon masukkan Emel selain daripada Emel Jabatan Kerajaan (jika ada) bagi melancarakan proses kami mengirimkan sebut harga.
Pilih satu ataupun lebih kursus yang ingin kami sertakan proposal dan sebut harganya
Pohon masukkan jumlah hari kursus yang ingin dijalankan
Pohon masukkan anggaran bilangan peserta
Jika ada tempat kursus cadangan pohon masukkan, namun jika tiada kosongkan
Pohon masukkan tarikh jangkaan mula kursus
Pohon masukkan tarikh jangkaan kursus tamat
Pohon masukkan 3 hasil akhir atau objektif kursus ini diadakan
Pilih satu ataupun lebih mode kursus yang ingin dilakukan
Translate »
Scroll to Top