PENULIS SUPER ®
Penulisan ilmiah atau akademik seringkali dikaitkan dengan sukar difahami, isinya berat, persembahannya kurang menarik dan membosankan. Dalam era baru, penulisan ilmiah memerlukan transformasi kepada penulisan yang lebih mesra pembaca, konsep buku lebih segar dan persembahan yang dapat menarik minat pembaca.
Banyak karya ilmiah tulisan para pakar dunia melepasi tahap buku terlaris. Ada yang terjual ratusan ribu dan ada mencecah jutaan naskhah. Pendekatan penulisan mereka ini amat berbeza dan segar. Hasil-hasil penyelidikan, tesis-tesis, artikel-artikel ilmiah dan bahan penyelidikan lain berjaya digubah, diolah dan dipasarkan dalam bentuk penulisan buku yang membumi.
Buku-buku di bawah siri Harvard Business School dan siri Harvard Medical School menjadi bahan bacaan koleksi bagi isi rumah. Buku seperti Good To Great dan Blue Ocean Strategy, dua buku terlaris dunia adalah berasal daripada hasil penyelidikan akademik. Pendekatan mesra pembaca, persembahan menarik dengan gaya bahasa mudah menyebabkan ia mudah menyerap masuk dalam pasaran buku dunia.
3 Fasa Penulisan Buku
Bengkel ini membawa 3 LANGKAH PENULIS SUPER ke arah menghasilkan buku mesra pembaca. Bengkel berdasarkan pengalaman para pakar perunding Akademi Penulis ini menyediakan alat efektif menghasilkan karya berkualiti dan memenuhi selera pembaca. Kemahiran baru yang didapati melalui bengkel ini dapat diaplikasikan dalam seluruh kehidupan sebagai seorang penulis.
Fasa 1: Pra Penulisan
Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.
Fasa 2: Penulisan
Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.
Fasa 3: PascaPenulisan
Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.
HASIL PEMBELAJARAN
Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi kerajaan mahupun swasta yang ingin mewujudkan individu warga kerja yang positif, produktif dan efektif.
Anda ingin memastikan warga kerja organisasi Anda menyertai program ini kerana apabila mereka graduate daripada program ini mereka dapat:
Membangun Motivasi dan Keyakinan Diri Untuk Mula Menulis
Bengkel ini memberikan inspirasi daripada pengalaman membangunkan lebih 1000 orang pengarang yang sudah berjaya menghasilkan buku terlaris. Ia dapat memberikan semangat dan keyakinan diri buat para peserta.
Mengetahui Apa yang Boleh dan Tidak Dalam Penulisan
Dunia penulisan melibat persoalan undang-undang yang perlu diketahui oleh pengarang dan bakal pengarang. Di samping itu juga para pengarang juga perlu tahu bagaimana untuk melindungi hak cipta mereka.
Memulakan Penulisan dengan Langkah yang Betul
Bengkel ini akan mendedahkan teknik-teknik penulisan buku yang terkini daripada A to Z. Daripada proses membuat penyelidikan, membangunkan manuskrip, memilih judul hinggalah pembangunan tribe dan edaran buku.