SETIAUSAHA SUPER ®
Setiausaha, pembantu peribadi, dan pembantu tadbir kesetiausahaan berperanan penting membantu ketua mereka berfungsi dengan cekap dan berkesan. Mereka merupakan nadi penggerak majikannya dan organisasi. Sebagai seorang setiausaha yang profesional dan bertanggungjawab, mereka perlu mempersiapkan diri dari segala sudut. Penampilan diri yang menarik, berkeyakinan tinggi, cekap menguruskan kerja dan beretika merupakan pakej lengkap seorang setiausaha yang cemerlang.
Oleh itu, setiausaha cemerlang seharusnya sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan perlu berubah, samada dalam tindakan atau pemikiran, dari masa ke semasa. Penguasaan teknologi tidak memadai untuk mereka bertindak cemerlang kerana mereka wajib menguasai kemahiran kemanusiaan. Setiausaha yang dapat menguasai kemahiran kemanusiaan, tidak akan mengira siapa bos mereka. Apa yang pasti mereka tahu mengendali diri, ketuanya dan organisasi.
Program Setiausaha Super ini menerapkan elemen ‘3E’ merupakan pakej lengkap yang merangkumi :
Pengurusan Imej
Mempelajari teknik mengurus imej profesional di pejabat serta setiap acara dan urusan.
Pengurusan Etika Kerja
Mempelajari ilmu berkaitan etika dan adab dalam pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan.
Pengurusan Emosi
Mempelajari teknik yang memudahkan mereka menguruskan kehendak, keperluan dan permintaan kepada yang lain dengan berkesan. Dalam masa yang sama, bersedia menangani konflik secara profesional.
HASIL AKHIR KURSUS
Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi kerajaan mahupun swasta yang ingin mewujudkan kumpulan setiausaha dan pengurus pejabat yang dapat membantu menstrukturkan dan merancang keperluan majikan dan organisasi dengan baik. Anda ingin untuk warga kerja Anda menyertai program ini kerana apabila mereka keluar daripada program ini mereka dapat:
Bangunkan Mindset Setiausaha Super
Mengenalpasti jenis-jenis personaliti diri, rakan sekerja, ketua dan pelanggan dan memahami bagaimana personaliti mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran
Membangun Komunikasi dan Kemahiran Pengurusan
Mengenalpasti dan mengaplikasi teknik berkomunikasi gaya terkini dengan berkesan, jelas dan tepat. Mereka juga dapat membantu melancarkan gerak kerja ketua dan pengurusan pejabat.
Membangun Penampilan Diri Profesional
Mengetahui dan mengaplikasi teknik penampilan diri yang bersesuaian dengan masa dan tempat. Ini dapat meningkatkan kredibiliti pada mata pandang para pelanggan.