Team Super Re-Charge ®
Dunia bergerak pantas dan perubahan berlaku terlalu cepat sehingga jika kita terlambat, kita akan ketinggalan. Justeru, bagi organisasi yang dinamik, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini menjadi bonus dalam mengungguli carta negara terbaik dunia.
Antara instrumen yang terlibat dalam memastikan dinamika dalam organisasi terus berada di tahap yang maksimum adalah keupayaan membudayakan semangat berpasukan dalam diri setiap entiti yang ada dalam komposisi organisasi itu.
Semangat berpasukan yang kuat memudahkan gerak kerja dalam sebarang aktiviti melibatkan kerjasama antara pengurusan dan kumpulan sokongan sebaliknya semangat berpasukan yang lemah akan menyebabkan gerak kerja organisasi menjadi terbantut.
Setiap individu dalam organisasi harus memainkan peranan dalam memastikan semangat berpasukan menjadi budaya yang mengakar umbi dalam diri. Seterusnya, ia harus dijadikan budaya yang mendasari setiap tindakan yang dilakukan. Pastinya, ia bukanlah tugas mudah.
4 Fasa Pembentukan Pasukan Dinamik
Setiap organisasi akan melalui empat fasa dalam pembentukan pasukan. Ini adalah fasa-fasa yang dihadapi oleh setiap ahli pasukan dan ini akan menjadi asas kepada pelaksanaan program ini.
Forming
Ini adalah fasa mewujudkan persefahaman di antara ahli pasukan. Setiap ahli mengenal, melihat dan beradaptasi dalam pasukan. Ini adalah fasa paling genting dalam menentukan sama ada ahli pasukan dapat bekerjasama sebagai satu pasukan ataupun tidak.
Storming
Ini adalah fasa untuk bekerja bersama. Masing-masing memberikan pandangan dan mempertahankan pandangan sendiri. Pada fasa ini setiap individu dalam pasukan perlu memahami peranan masing-masing dalam organisasi. Ia adalah fasa pengembangan organisasi.
Norming
Fasa ini adalah fasa persetujuan. Setiap ahli bersetuju dengan satu visi dan satu matlamat pasukan. Ada yang berlapang dada melepaskan idea untuk bersetuju dengan idea orang lain. Ini adalah satu pengorbanan untuk memastikan cita-cita pasukan tercapai. Semua ahli pasukan perlu berperanan untuk mencapai kejayaan pasukan.
Performing
Fasa ini adalah fasa persetujuan. Setiap ahli bersetuju dengan satu visi dan satu matlamat pasukan. Ada yang berlapang dada melepaskan idea untuk bersetuju dengan idea orang lain. Ini adalah satu pengorbanan untuk memastikan cita-cita pasukan tercapai. Semua ahli pasukan perlu berperanan untuk mencapai kejayaan pasukan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi kerajaan mahupun swasta yang ingin mewujudkan pemimpin masa hadapan yang dapat memacu kejayaan organisasi ke tahap tertinggi. Apabila para peserta keluar daripada program ini, mereka akan dapat:
Memahami dan Merasai Setiap Peringkat Pembentukan Pasukan
Kesemua peserta akan mengalami, merasai dan mengendalikan 4 peringkat secara langsung. Mereka dapat beradaptasi dengan suasana setiap peringkat dengan lebih efektif.
Membina Hubungan Akrab dalam Pasukan
Pada setiap fasa, para peserta mengaplikasi kaedah komunikasi yang dipelajari secara langsung dalam meningkatkan ukhuwwah antara ahli yang akan memberikan kesan langsung dan tidak langsung kepada peningkatan produktiviti kerja.
Membina Kekuatan Bersama
Para peserta sebelum ini hanya fokus kepada kekuatan dan kemahiran masing-masing Di sini mereka akan menggabungkan kesemua kekuatan dan kemahiran ini bagi membina pasukan yang kuat dan dinamik.
ALAMI SUASANA PROGRAM
Bersama ini disertakan beberapa video rakaman ketika program lepas untuk tontonan Anda