Bagaimana Kami Dapat Membantu Anda
Kenal Pasti, Dalami dan Memandu Jalan Keluar
FINE COACHING direka bentuk memperkasa Anda untuk lebih fokus kepada mencapai keputusan yang konsisten dalam ruangan-ruangan paling penting dalam hidup. Para coach terlatih di bawah sistem ini akan membantu Anda meningkatkan piawaian diri ke tahap tertinggi yang organik dengan diri, mereka akan mencabar dan menyokong bagi membolehkan Anda mencapai keputusan yang dikehendaki dan layak peroleh dalam hidup.
FINE COACHING bukan sekadar untuk membuat transformasi ia merupakan suatu proses penambah baikan berterusan dalam hidup. Apabila Anda mula menyebut bagi mencapai sesuatu dalam hidup, ia adalah sebuah IMPIAN. Apabila Anda merancang strategi mencapainya, semua perkara adalah MUNGKIN BERLAKU. Lebih menarik, apabila Anda melakukannya di bawah panduan seorang Coach, KEBARANGKALIAN IMPIAN TERCAPAI lebih tinggi. Seorang Coach bukan penyembuh tetapi pemandu. Beliau yang membantu Anda ‘menaiki dan memanjat’ tangga kehidupan dengan meluasan pandangan melalui stimulasi prestasi dan menukar cara individu berfikir. FINE COACHING membantu Anda untuk melihat menjangkaui apa yang Anda ada sekarang dan apa yang Anda dapat capai dalam hidup di masa hadapan dengan pemantapan sistem IMAN dan NILAI.
FINE COACHING membantu Anda keluar daripada zon selesa, bagi membolehkan transformasi diri berlaku. Kami dapat membantu Anda dalam ruangan berikut:
- Perhubungan
- Kerjaya
- Pengajian dan pembelajaran
- Kewangan
- Bisnes
- Kesihatan
FINE COACHING meletakkan sasaran manfaat yang menjadi anjakan paradigma dalam hidup Anda. Antara perkara yang Anda dalam jangkakan dalam sesi FINE COACHING adalah:
- Meningkat kepekaan diri mengenai potensi
- Memantapkan perancangan hidup dan organisasi
- Kehidupan yang lebih seimbang
- Mengurangkan tekanan
- Meningkatkan jati diri dan keyakinan diri
- Menambah baik kualiti hidup
- Memperkasa kemahiran komunikasi
- Memperbaiki kualiti hidup
- Mempercepatkan penyelesaian projek
- Menambah baik kesihatan
- Perhubungan baik dengan rakan sekerja, pekerja, keluarga dan orang sekitar
Setiap sesi coaching direka bentuk khusus mengikut hasil yang ingin dicapai oleh Anda sebagai pelanggan yang kami hormati. Bagi mempastikan proses ini berlaku dengan tersusun, FINE COACHING mengaturkan 5 langkah dalam sesi iaitu:
- Sesi Kaji Selidik
- Sesi Perbincangan
- Sesi Perancangan
- Sesi Tindakan
- Sesi Keputusan
Proses FINE Coaching
Tempoh masa bagi sesi ini bergantung pada faktor situasi dan hasil yang ingin dicapai. Moto utama FINE COACHING: Minumum tetapi Berimpak Maksimum.
Borang Permohonan sesi Coaching FINE Academy.
Pohon jasa baik pihak Tuan dan Cikpuan mengisi borang di bawah selengkapnya bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan terbaik buat Tuan dan Cikpuan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada pihak kami di talian (+6) 016 2605 502. Terima kasih.